Sekitar BBQ RK

Posted by X-Rancangan Khas 0103 | | Posted on 9:02 PM

0


Fuhh.... akhirnya jadi gak BBQ X-RK kat Lata Guar Manong 20 Jun lalu.... hehe... mengeluh panjang la gak.... almaklumlah.... plannernyer duk jauh nun kat Nilai.... yang die tau.... suruh orang wat tu... wat ni... hahaha.... anyway.. time kasih banyak-banyak kat PA Ikhwan iaitu Ain dan Amam yang banyak sangat membantu. Walaupun aktiviti BBQ tu berjalan dengan agak sederhana.... tapi kalau tak de.. ain dengan amam..... habis la tak jadi. Pada mulanya aktiviti ini dirancang secara tidak sengaja. Sebenarnya budak-budak lelaki memang ada cadangan untuk BBQ. Tibe-tibe si ain tanya la kat ikhwan... tak de ke nak wat BBQ atau apa-apa aktiviti untuk jumpe kawan-kawan lama.So... ubah plan... kita wat picnic sama-sama.... ramai-ramai best skit.... hehehe.... Maka bermula aktiviti brainstorming didalam handset untuk pilih lokasi... sampai tebing sungai perak kat kuale tu pun termasuk dalam senarai calon... tak de taste betul la... hahaha.... lain-lain tempat tu di lata UK, lata kekabu atau boh di lenggong, kat sekolah pun ada.... akhirnya oleh kerana ikhwan ni terbayangkan keindahan padang ragut guar yang sebijik macam Newzealand tu? (ala macam iklan susu fernleaf tu...) yang dilihatnya kali terakhir tujuh ke lapan tahun yang dulu... maka lata guar menjadi pilihan..... So cikgu pun dijemput sama bagi memeriahkan lagi aktiviti ni.. antara cikgu yang dijemput

  1. Ustazah Sharifah
  2. Cikgu Rohana
  3. Cikgu Noraini
  4. Cikgu Md Isa (Hampir2 dijemput tapi ain tak dapat contact.)
Selepas itu pada hari khamis dan jumaat amam pun belilah barang-barang keperluan untuk BBQ. Dan ikhwan yang punya bagusnya hari jumaat malam baru balik dari Nilai dan sampai pukul 12.15 malam. Pada keesokkan BBQ pun bermula... yang dapat datang hanye tiga belas orang sahaja dan semua cikgu yang dijemput tak dapat datang. Antara yang datang :
  1. Ikhwan
  2. Amam
  3. Naqib
  4. Faizzur
  5. Junaidi
  6. Luqman
  7. Muhaimin
  8. Ada
  9. Amanina
  10. Ain
  11. Ezah
  12. Suhaila
  13. Wana
Tapi walaupun sedikit yang datang event tu tetap happening.... kat bawah ni adalah gambar dan story semasa aktiviti.



Ha... ni la gambar pertama yang di shot.... kelihatan izo bersama-sama ain, wana dan ada tengah main masak-masak. Hahahah.... sebenarnye diaorang tengah buat tempat masak francefries.....




Gambar yang ni lak amam dengan jun tengah berposing sakan atau meregangkan badan sebelum memulakan aktiviti membuat bara. Naqib pulak wat tak tau....




Amam, Jun, Izo n Naqib sedang menghidupkan bara api untuk BBQ...... hehehe... tekun jugak.....





Aik... lain macam je cara amam hidupkan bara tu... gaya harimau krem ke amam...? tapi nampaknye ini bukan main-main.... cam serius je.... leh terbakar ke arang tu??





Kelihatan izo sedang memberi penerangan mengenai cara-cara yang selamat untuk membuat bara sambil ikhwan buat-buat tak nampak dan berposing didepan kamera.





Tugasan pertama..... yeah... "Berposing Depan Kamera Dulu !!!!"





Tugasan kedua.... "Berposing dengan dak lelaki yang buat bara!!!!"




Kelihatan ikhwan tengah mengarut sambil amanina merakam gambar.





Ewah-ewah.... bukan main lagi ye..... surfing ke cik adik oi.... macam laju je tu.... ombak tinggi ye....



Izo sedang berusaha menghidupkan bara api sambil diperhatikan oleh ada.




Yeah...!!! semangat gotong-royong.... nampaknye gaya harimau amam telah membuahkan hasil... hehehe.... kelihatan dihujung sane izo telah buntu menghidupkan bara sambil diperhati oleh naqib dan nina...



Muhaimin dan Luqman yang tiba agak lewat sedikit.




Hehehe... ini lah hasilnye... hasil penat lelah semua....




Makanan yang sudah siap dimasak.




Time menjamu selera......



Masih menjamu selera lagi....




Amam berendam selepas makan.....




Ha... dan akhir sekali tangkap gambar beramai-ramai.....











Aktiviti BBQ ini berakhir pada jam 3.15 petang..... Terima Kasih banyak-banyak kepada yang sanggup datang walaupun masing-masing sibuk.... Kalau ade tersilap kata mintak dimaafkan.... So jumpe lagi pada aktiviti akan datang.... Bye2...

More Pics At : http://groups.yahoo.com/group/x_rk/



Selamat Datang Ke Blog Bekas Pelajar Rancangan Khas 2001-2003.


Alhamdulillah... akhirnya satu lagi medium perantaraan telah dapat diadakan khusus buat rakan-rakan sekelas Rancangan Khas 2001-2003 SMK Raja Muda Musa Kuala Kangsar.
Blog ini diadakan bagi memaparkan segala aktiviti-aktiviti dijalankan dan apa sahaja berita berkenaan dengan kehidupan bekas-bekas pelajar rancangan khas 2001-2003 atau x-rk 2001-2003. Dengan adanya blog ini juga segala informasi mengenai rakan-rakan dapat diketahui dengan lebih cepat memandangkan masing-masing terpisah dan jarang berjumpa. Akhir kata diharap Blog mampu memberi informasi yang bermanfaat kepada semua rakan-rakan x-rk.